• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Harga Parkir Munasabah – Datuk Bandar

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan kenaikan harga parkir di daerah pusat perniagaan (CBD) sekitar ibu kota adalah wajar memandangkan ia tidak pernah dinaikkan selama 40 tahun, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

“RM0.80 kepada RM2 tidaklah besar (kenaikannya), sepatutnya RM5, itupun kita antara yang paling rendah bayarannya berdasarkan tinjauan kami. Jika dibandingkan dengan negara lain, kadarnya sama dengan Bangladesh dan Myanmar, sebab yang lain lebih tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mhd Amin menegaskan pelaksanaan itu perlu dilakukan memandangkan isu kesesakan lalu lintas semakin buruk berikutan jumlah kenderaan persendirian yang masuk ke pusat bandar melebihi tempat letak kenderaan yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kira-kira 3.5 juta kenderaan persendirian masuk ke pusat bandar setiap hari tapi hanya 45,000 tempat letak kenderaan yang ada.

“Kebanyakan orang guna parkir itu dari pagi hingga ke petang jadi tidak memberi peluang kepada orang lain… tempoh dua jam ditetapkan untuk mencegah orang sebegini yang menyebabkan kesesakan,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi orang awam tentang kesesuaian masa melaksanakan sistem itu berikutan sistem pengangkutan awam masih dalam proses penambahbaikan Mhd Amin berkata:

“Kami tidak boleh kawal, menurut dasar yang ditetapkan, pengangkutan awam ialah di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Parking dikawal oleh pihak berkuasa tempatan dan akan ditangani dengan baik.

“Keputusan telah pun dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) dan saya telah pun melaporkan perkara ini kepada beliau dan sekarang sedang berjumpa dengan semua anggota Parlimen Kuala Lumpur,” katanya.

Semalam, DBKL melaksanakan kenaikan harga parkir sehingga 150 peratus di daerah CBD termasuk Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar. – BERNAMA

Tags: DBKLparkir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd