Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

2 Anak Panda Nama...

DUA ekor panda gergasi telah berjaya dilahirkan pada Oktober tahun lalu dan baru...

Mangsa Lemas Minta Adik...

JOHOR BAHRU - Mohammad Affiq Afnan Abdul Razaaq Abu Bakar, kanak-kanak yang lemas...

Video: Nadia Nordin Bogelkan,...

BERANG apabila mengetahui suaminya 'makan luar', seorang wanita dikenali sebagai Nadia Nordin bertindak...

Senarai Jalan Yang Ditutup...

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan di sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat...

Kelindan Lori Maut, Pemandu Parah Kemalangan

SHAH ALAM – Seorang kelindan lori maut manakala pemandu parah setelah lori yang dipandu terjunam ke dalam parit di Batu 9, Jalan Meru, Bukit Kapar hari ini.

Kelindan lori terbabit dikenal pasti sebagai Euw Chin Siat, 64, manakala pemandu, Euw Chin Lai, 46.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi, lori itu yang membawa muatan telur dalam perjalanan dari Sungai Buloh ke Klang dipercayai mahu memotong sebuah lori di hadapannya.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu lori gagal berbuat demikian setelah sebuah kereta datang dari arah bertentangan.


“Mangsa dikatakan gagal mengelak kereta itu, terbabas ke arah kanan jalan dan melanggar besi penghadang jambatan sebelum terjunam ke dalam parit,” katanya ketika dihubungi.

Menurut jurucakap itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk bedah siasat manakala yang cedera menerima rawatan di hospital sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori