Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

Kecewa Cinta Ditolak, Lelaki Nekad...

AKIBAT terlalu kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki di timur China sanggup untuk terjun...

Sekretariat Tetap Bentuk Institusi...

KUALA LUMPUR - Penubuhan sekretariat tetap Muafakat Nasional bakal menjadi permulaan positif kepada...

Pakar Jadikan Isteri ‘Model’...

ISTERI sendiri menjadi model. Itu yang dipraktikkan oleh seorang pakar bedah plastik, Phillip...

Zidane Mahu Jadi Pengurus...

ZINEDINE Zidane memberitahu rakan-rakannya bahawa dia menjangkakan ditawarkan sebagai pengurus Manchester United sekiranya...

Kelebihan Puasa Enam Di Bulan Syawal

UMAT Islam digalakkan untuk berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal bagi memperolehi keistimewaan ganjaran pahala seperti berpuasa sepanjang tahun jika ianya dipraktiskan.

Berlalu Ramadan tidak bermakna kita tidak dituntut melakukan ibadan lain kerana kehidupan manusia itu keseluruhannya adalah ibadah kepada Allah SWT.

Begitu jugalah halnya dengan puasa. Walaupun puasa selama sebulan Ramadan sudah tamat tempoh, namun kita boleh melipat gandakan pahala dengan melakukan puasa sunat enam Syawal.

Antara keistimewaan dan ganjaran yang boleh diperolehi sekiranya anda berpuasa adalah dijanjikan pengampunan dari Allah Yang Maha Esa.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun.

Dalam hadis riwayat daripada Abu Ayyub Al-Ansari itu juga menyebut, puasa enam pahalanya sama seperti puasa penuh setahun, namun dengan syarat kita telah melengkapkan puasa sebulan Ramadan terlebih dahulu.

Antara kelebihan lain buat kita yang mengamalkan puasa sunat enam ini ialah ia melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa wajib bulan Ramadan.

Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan, puasa enam Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardhu yang menampung kekurangan terdapat padanya.

Selain itu, puasa enam juga melatih manusia supaya tidak melupakan puasa-puasa sunat yang lain.


Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat enam sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan akan datang.

Antara kelebihan lain ialah ia dapat menyediakan sistem pencernaan yang lebih sempurna buat diri kita.

Setelah satu bulan sistem pencernaan kita berehat pada siang hari, kedatangan bulan Syawal boleh mendatangkan kejutan bagi sistem pencernaan kita, tambahan pula apabila disajikan dengan pelbagai juadah yang sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti lemang, ketupat dan rendang.

puasa enam1

Maka puasa enam ini memberi peluang kepada sistem pencernaan yang telah direhatikan tadi untuk bertugas secara beransur-ansur.

Bukankah setiap amalan yang disunatkan itu mempunyai kemanisannya tersendiri, jadi apa tunggu lagi raihlah ganjarannya dengan melakukan puasa enam pada tahun ini.

Masih belum terlambat untuk melakukan. Ayuh! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori