• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Terus Cemerlang Tewaskan T-Team

oleh Ahmad Albab
21/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib juara, Kedah beraksi cemerlang apabila menumpaskan pasukan tuan rumah, T-Team 2-0 dalam aksi kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Pemain import dari New Zealand, Shane Edward Smeltz muncul wira skuad Lang Merah apabila menyumbat masuk kedua-dua gol pada minit ketujuh dan ke-15, sekali gus mengecewakan anak buah Rahmad Darmawan.

Kemenangan itu menyaksikan Kedah kekal sebagai pendahulu Kumpulan A dengan kutipan enam mata selepas dua perlawanan, manakala Johor Darul Ta’azim II di tempat kedua dengan dua mata, diikuti Sarawak dan T-Team, masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat selepas berkongsi satu mata, namun dipisahkan dengan perbezaan gol.

Dalam pada itu, juara bertahan Selangor gagal mengutip tiga mata penuh di laman sendiri apabila sekadar seri 3-3 menentang Kelantan di Stadium Shah Alam.

Skuad Gergasi Merah bermula baik apabila membuka jaringan melalui pemain import dari Argentina, Mauro Andrés Olivi pada minit ke-30 dan sembilan minit kemudian menerusi Patrick Ronaldinho.

Namun, kedudukan itu tidak mematahkan semangat pemain Kelantan dan hasilnya pemain import skuad The Red Warriors dari Brazil, Wander Luiz berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-45.

Sebaik babak kedua bersambung, Ronaldinho sekali lagi bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol ketiga Selangor pada minit ke-49, sebelum Wan Zack Haikal Wan Noor dan Abdul Manaf Mamat menafikan kemenangan tuan rumah apabila menyumbat masuk gol, masing-masing pada minit ke-79 dan masa kecederaan.

Selangor dan Kelantan berkongsi empat mata, namun skuad Gergasi Merah berada di persada carta Kumpulan B berdasarkan perbezaan gol.

Dalam aksi Kumpulan D di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Terengganu berjaya membawa pulang tiga mata berharga apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United.

Selepas kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol pada separuh masa pertama, Norshahrul Idlan Talaha muncul wira apabila menjaringkan gol buat Terengganu pada minit ke-49, dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Walaupun tewas, Felda United kekal di kedudukan teratas Kumpulan D, selepas terikat tiga mata bersama Melaka United, Terengganu dan Negeri Sembilan. – BERNAMA

Tags: KFAPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd