• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Rekod 12 Kematian Akibat Denggi

oleh Ahmad Albab
04/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor mencatatkan sebanyak 12 kematian akibat demam denggi setakat 2 Julai tahun ini berbanding 11 kes dalam tempoh sama, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata jumlah kematian itu termasuk satu kes terbaharu yang dicatat pada minggu ke-26 melibatkan seorang wanita berusia 27 tahun.

“Pada minggu ke-26, sebanyak 165 kes demam denggi dilaporkan dan bilangan ini adalah meningkat sebanyak 1.2 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu hanya 163 kes,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata antara daerah yang menyumbang kes denggi tertinggi ialah Johor Baharu yang merangkumi 80.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, diikuti Kota Tinggi (5.5 peratus), Kulai dan Muar masing-masing tiga peratus.

Di daerah Tangkak dan Pontian pula, tiada kes denggi dilaporkan, katanya.

Bagaimanapun, pihaknya telah mengesan sebanyak 19 lokaliti wabak baharu berlaku di Johor Baharu dan Muar pada minggu terbabit.

“Tindakan yang dilakukan untuk mencegah dan mengawal wabak ini ialah dengan menyembur ubat pencegahan di kawasan berpotensi denggi.

“Selain itu, kami turut melaksanakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan kompaun dan notis kepada premis yang mempunyai potensi nyamuk aedes.

“Setakat ini, sebanyak 287 notis di bawah Seksyen 5 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) dikeluarkan ke atas premis-premis terlibat,” katanya.

Menjelang perayaan Aidilfitri, beliau turut mengingatkan pentadbiran di setiap sekolah supaya membuat pemeriksaan secara berkala di kawasan sekitarnya.

“Jabatan Kesihatan Johor juga telah mengedar risalah di plaza tol, stesen minyak, syarikat surat khabar dan pihak berkuasa tempatan dan mengagih 2,378 kg abate – sejenis pembunuh jentik-jentik – kepada sekolah-sekolah, klinik-klinik dan sebagainya.

“Masyarakat boleh mengambil bekalan abate di klinik-klinik yang berhampiran,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd