• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Lancar Pusat Dokumentasi, Laman Seni Warisan

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Pusat dokumentasi dan laman seni warisan Johor dilancarkan di sini malam tadi bagi memelihara peninggalan bertulis mengenai budaya dan khazanah negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia juga diharap dapat bertindak sebagai pusat rujukan generasi muda untuk menyelidik asal usul dan kekayaan budaya mereka, sekali gus mengimbangi keperibadian ke arah membentuk masyarakat Johor berkemajuan.

Ia juga dirancang untuk menjadi sebahagian daripada destinasi wajib yang mesti dikunjungi pelancong terutamanya ahli akademik serta pencinta budaya dari seluruh pelosok dunia bagi mengenali secara lebih dekat budaya dan warisan Johor.

“Sekali pun kita asyik dengan segala pemodenan dan kemajuan infrastruktur serta pertumbuhan ekonomi yang lebih sejahtera, kita tidak seharusnya melupakan aspek ini iaitu nilai budaya dan khazanah warisan bangsa,” katanya ketika merasmikan pusat dan laman seni itu di Kompleks Yayasan Warisan Johor, di sini.

Mohamed Khaled berkata pusat itu diwujudkan dengan harapan agar segala warisan dan khazanah dapat direkodkan dalam sistem dan tempat yang bersesuaian.

“Usaha ini bertujuan memastikan budaya dan warisan bangsa Johor kekal, seiring dan terus berkembang malah berupaya menjadi sebuah identiti bangsa yang terus dibanggakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: JohorKhaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan laporan pembinaan masjid-masjid baharu di Johor. Laman Facebook Sultan...

430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz

430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, lebih 430,000 ahli UMNO Johor terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd