• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jatuh Hari Pertama Sekolah, Arya Mengadu Sakit Badan

oleh AK-47
19/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGHIDAP obesiti Arya Permana, 10, dari Indonesia digelar budak tergemuk di dunia kerana memiliki berat badan mencecah 190 kilogram.

Namun akibat berat badan yang dimiliki Arya, dia terpaksa berhenti sekolah ekoran tidak mampu untuk berjalan seperti murid-murid yang lain.

Baca: Arya Permana, Budak 10 Tahun Tergemuk Dunia

Terbaharu, menurut sebuah portal negara itu, Arya yang telah lama bercuti dari alam persekolahannya telah memulakan sesi persekolahan yang pertama di SDN Cipurwasari 1, semalam.

Jatuh Hari Pertama Sekolah, Arya Mengadu Sakit Badan

Jatuh Hari Pertama Sekolah, Arya Mengadu Sakit Badan

Malangnya, menurut bapa Arya iaitu Ade Somantri, pada hari pertama persekolahannya Arya tergelincir kerana tanah licin disebabkan hujan yang turun pada malam sebelumnya.

“Semalam Arya terjatuh kerana tergelincir, akibat tanah yang licin disebabkan hujan malam tadi,” katanya.

Disebabkan kecelakaan itu, Arya dibawa pulang ke rumah kerana bajunya telah kotor sebelum dapat menamatkan hari pertama persekolahannya.

Jatuh Hari Pertama Sekolah, Arya Mengadu Sakit Badan

Jelas Ade, Arya tidak mengeluh dengan insiden yang menimpanya namun pada malam itu, dia mengadu mengalami sakit badan dan meminta untuk mengurut badannya.

“Malam tadi Arya mengadu sakit badan dan disuruh urut. Hari ini dia tidak mahu ke sekolah,” jelas Ade.

Tambah Ade, dia tidak pasti sama ada guru sekolah berkenaan akan datang mengajar Arya di rumah seperti kebiasaannya kerana masih di tempat kerja. – MYNEWSHUB.CC

Tags: budak gemuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Beratnya Anak Perempuan Saya,” Keluh Bapa

02/05/2017
0

SEORANG bapa di India buntu selepas berat badan bayi perempuannya yang baru berusia sembilan bulan naik mendadak hingga mencecah 19...

Arya Permana, Budak 10 Tahun Tergemuk Dunia

30/06/2016
0

SEORANG budak lelaki di Indonesia yang digelar sebagai budak tergemuk dunia terpaksa mengambil keputusan untuk menurutkan berat badan demi menyelamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd