• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambatan Ke-3: LGE Minta Fadillah Tetap Tarikh Pertemuan

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini meminta Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menetapkan tarikh pertemuan bagi membincangkan projek jambatan ketiga Pulau Pinang.

Permohonan itu dibuat melalui surat Ketua Menteri, Lim Guan Eng kepada Fadillah bertarikh hari ini bertajuk ‘Kelulusan Membina Jambatan Ketiga Pulau Pinang Menjelang Tahun 2027’ yang turut dimuat naik dalam laman sosial Facebook Lim.

“Kami ingin meminta Yang Berhormat Datuk Seri untuk menetapkan tarikh perjumpaan selepas persetujuan dua minggu lepas agar pertemuan dengan Yang Berhormat Datuk Seri diadakan selepas sambutan Aidilfitri.

“Tujuan pertemuan adalah berkaitan dengan ‘road-map’ untuk kelulusan daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri untuk menjalankan projek jambatan ketiga di antara Persiaran Gurney ke Bagan Ajam menjelang tahun 2027,” kata Lim dalam surat berkenaan.

Rabu lepas, Fadillah dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri Pulau Pinang belum mengemukakan sebarang dokumen atau menetapkan tarikh menemui kementerian berhubung projek jambatan ketiga.

“Kami mengingatkan kerajaan Pulau Pinang agar berkongsi dengan kami semua dokumentasi relevan, agar kami dapat membuat keputusan bermaklumat demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata satu daripada dokumen utama yang dikehendaki ialah kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk bernilai RM305 juta yang hampir siap yang telah ditauliahkan dan dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang untuk projek terowong bawah laut dan hubungan jalan raya berkaitan.

Lim dalam surat itu bagaimanapun berkata sehingga kini, kerja-kerja untuk projek terowong bawah dasar laut belum bermula kerana ia hanya dijangka siap di antara tahun 2025 dan 2027 apabila jalan-jalan penghubung di kawasan bandar raya George Town siap.

“Ingin ditegaskan bahawa sehingga kini, kerajaan negeri tidak membuat sebarang bayaran dalam bentuk wang atau seinci tanah pun untuk projek terowong bawah dasar laut,” katanya.

Beliau berkata kajian pelaksanaan dan kajian lain yang perlu untuk projek itu boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebaik mendapat kelulusan secara prinsip daripada pihak kementerian.

“Kerajaan negeri tidak boleh menjalankan kajian ‘feasibility study’ kerana ia menelan perbelanjaan yang besar dengan anggaran kos puluhan juta. Oleh itu, kelulusan secara prinsip perlu diberikan terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang kajian,” katanya.

Beliau berkata pembinaan jambatan ketiga itu adalah gantian kepada projek terowong bawah dasar laut. – BERNAMA

Tags: Fadillah YusofLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis menyarankan Penasihat DAP, Lim Guan Eng mewujudkan...

Program Jualan Daging Babi Besar-Besaran Di Tempat Awam Bukti Butterworth Hidup Penuh Maruah – Guan Eng

Program Jualan Daging Babi Besar-Besaran Di Tempat Awam Bukti Butterworth Hidup Penuh Maruah – Guan Eng

15/06/2026
0

BUTTERWORTH – “Tempat lain mungkin tidak mahu, tidak boleh atau tidak berani menganjurkan promosi besar-besaran daging babi, tetapi Butterworth berani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd