• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Tikam Suami Hingga Mati Kerana Cemburu

oleh Ahmad Albab
01/07/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pertengkaran sepasang suami isteri, disyaki berpunca daripada persaraan cemburu, berakhir tragis apabila lelaki itu ditikam hingga mati di Kampung Paya Besar, Kertau Chenor, dekat Maran, hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.05 pagi itu, mangsa Awang ak Muhamad, 42, seorang penoreh getah, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Chenor selepas terkena dua tikaman dengan pisau dapur di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Maran, Supt. Mat Rizal Mat Radzi berkata siasatan awal mendapati anak lelaki tiri mangsa berusia 10 tahun terdengar suspek bertengkar dengan mangsa sebelum menikamnya di dalam bilik di rumah mereka.

“Hasil temu bual dengan anak tiri mangsa ini mengatakan suspek telah bertengkar dengan mangsa sebelum menikam mangsa di dalam bilik.

“Kemudiannya anak tiri mangsa yang melihat kejadian itu membawa seorang adiknya yang berumur 11 bulan ke rumah saudara berdekatan dan memaklumkan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi.

Mat Rizal berkata ketika kejadian hanya terdapat pasangan suami isteri itu serta dua anak mereka.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat.

Sementara itu, beliau berkata suspek yang berumur 33 tahun itu sudah ditahan berhampiran kawasan rumahnya selepas kejadiasn itu dan dia akan direman esok.

Katanya kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: mauttikam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zulin Aziz Antara Muka Baharu Penyampai Suria FM

Next Post

Euro 2016: Kalahkan Poland, Portugal Mara Semi Final

Related Posts

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

22/05/2025
0

TEMERLOH, 22 Mei 2025 – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menemui ajal dalam kemalangan tragis petang semalam apabila motosikal...

Next Post

Euro 2016: Kalahkan Poland, Portugal Mara Semi Final

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd