Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PM Mengorak Langkah Ke...

KUCHING - Komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyelesaikan isu...

Dr. Zakir Berterima Kasih...

BESUT - Pendakwah antarabangsa terkenal, Dr. Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan...

MB Selangor Umum Portfolio...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini...

Maria Chin Sah Tanding...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah sah bakal bertanding untuk...

Ibu Dera Daniel Sampai Mati Dijel 11 Tahun, BF 10 Tahun

SINGAPURA – Pasangan kekasih warga tempatan yang menyeksa seorang budak lelaki berusia dua tahun sehingga mati, akhirnya dihukum penjara oleh sebuah mahkamah di sini hari ini, lapor Channel NewsAsia.

Ibu mangsa, Zaidah, 41 tahun; dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun manakala teman lelakinya, Zaini Jamari, 46 tahun; pula dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun dan 12 sebatan rotan.

Pasangan itu, yang mempunyai bayi berusia 1 tahun, mengaku bersalah bulan lalu masing-masing atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan teruk hingga menyebabkan kematian dan tiga tuduhan penderaan kanak-kanak.

Media tempatan melaporkan, sebanyak 26 dan 18 dakwaan berbeza penderaan kanak-kanak masing-masing dipertimbangkan terhadap Zaidah dan Zaini ketika hukuman tersebut dijatuhkan.

Sepanjang lima minggu sebelum akhirnya maut, Mohamed Daniel Mohamad Nasser, 2 tahun, didera ibunya sendiri dan teman lelaki wanita itu.

Pasangan itu, kedua-duamya pekerja pembersihan, menendang, menampar dan memijak Daniel setiap hari dan memaksa mangsa berdiri dengan kedua-dua tangan diletakkan di atas kepalanya selama berjam-jam lamanya, dengan hanya berpakaian lampin.

Mereka juga memaksa budak itu makan cili kering. Penderaan allahyarham terbongkar juga apabila kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan teruk pada 23 November 2015, setelah menderita didera selama berjam-jam sehari sebelumnya.

Timbalan Pendakwa Raya Claire Poh menyifatkan penderaan fizikal, mental dan emosi kanak-kanak dua tahun yang “tidak boleh mempertahankan diri dan tidak mampu bersuara tentang penderaan itu” sebagai “kejam dan tidak berperikemanusiaan.”

Baca: Bapa Daniel Luah Rasa Sedih Anaknya Mati Didera Isteri

Mohamad Daniel Mohamad Nasser1

KRONOLOGI KES:

Sekitar 10 pagi, apabila budak itu enggan makan sarapan, ibunya, Zaidah menamparnya. Dia memberikan mangkuk sarapan itu kepada Zaini, si teman lelakinya, yang cuba memberi budak itu makan.

Apabila mangsa tetap enggan makan, Zaidah dan Zaini menamparnya beberapa kali dan wanita itu juga memukul bahagian belakang tubuh budak itu, hingga mangsa terjatuh ke lantai.

Apabila Daniel tidak bangun dari lantai, Zaidah memijak dada anaknya itu sebelum menarik lengannya. Budak itu makan dua atau tiga sudu makanan, namun enggan makan lebih banyak daripada itu.

Dia kemudian disuruh berdiri di satu sudut. Sekitar 7 malam pada hari itu, kanak-kanak itu sandar pada katil kerana letih setelah berdiri sepanjang hari.


Apabila pasangan itu melihat keadaan budak itu, mereka menampar Daniel, yang baring di atas lantai dan menutup matanya.

Zaini membawa budak itu ke dapur dan memaksanya makan dua sudu cili kering, sebelum memaksanya terus berdiri di ruang tamu.

Pada sekitar 8.45 malam kemudian, Daniel menjadi lemah dan tidak mampu terus berdiri. Ibunya mencubit tubuhnya dan pipinya serta menamparnya beberapa kali.

Mahkamah diberitahu bahawa Zaidah menyangka budak itu konon berpura-pura lemah dan mengadu kepada teman lelakinya.

Zaini menampar budak itu, memijak perutnya hingga Daniel terjatuh ke lantai dan terhentak kepalanya. Zaini kemudian memaksa budak itu makan cili buat kali kedua hari itu.

Keesokan harinya, pasangan itu tidak mampu mengejutkan budak itu, dan dua rakan mereka yang tinggal bersama mereka menelefon ambulans. Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 9.11 pagi.

Apabila ditanya para paramedik dan polis mengapa tubuh mangsa berlebam-lebam, pasangan itu berbohong dan berkata konon budak itu biasa mencubit dirinya sendiri, dan jatuh tersungkur di tandas.

Pendakwa raya mengambil masa beberapa minit untuk membacakan di mahkamah senarai lebih 40 kecederaan yang didapati pada tubuh mangsa semasa bedah siasat.

Allahyarham juga didapati mengalami keretakan tulang rusuk dan pendarahan dalam otak.

Atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk hingga menyebabkan kematian, pasangan tersebut boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat.

Atas kesalahan penderaan kanak-kanak, mereka boleh dipenjara sehingga empat tahun dan/atau didenda sehingga S$4,000 (kira-kira RM11,800) bagi setiap tuduhan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori