• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Rayu PKR Sokong PRN Mengejut

oleh Ahmad Albab
26/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini merayu PKR supaya dapat membuat keputusan bersama-sama untuk menyokong diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang secara terbuka merayu kepada kepimpinan tertinggi PKR agar menerima rancangan mereka untuk mengadakan PRN.

“Saya rayu pemimpin PKR, bukan pemimpin di sini, tetapi yang lagi atas (pusat), buatlah keputusan bersama walaupun saya tahu mereka takut kurang kerusi,” katanya dalam majlis penerangan Kerajaan Pulau Pinang yang bertajuk “Masa Depan Pulau Pinang” di sini.

Katanya, DAP juga bimbang akan perkara yang sama namun beliau mempunyai keyakinan terhadap rakyat Pulau Pinang.

“Saya tahu mereka (PKR) akan mengadakan satu mesyuarat esok dan berharap mereka akan menyokong cadangan kami,” katanya.

Antara pemimpin yang menghadiri majlis penerangan itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri II Prof P. Ramasamy dan hampir seluruh barisan Exco kerajaan negeri.

Terdahulu, Lim mengumumkan bahawa PAN bersetuju menyokong PRN itu diadakan.

“Saya telah diberitahu Mat Sabu bahawa mereka akan menyokong cadangan PRN dan kini hanya menunggu keputusan daripada PKR,” katanya.

Rabu lepas, Lim memberitahu sidang berita bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan PAN) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai PRN itu.

Cadangan mengadakan PRN itu berikutan tuduhan rasuah terhadap Lim. – BERNAMA

Tags: DAPLim Guan EngPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd