• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Ibu Negara

oleh Ahmad Albab
12/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan beberapa kawasan di ibu negara sedang mengalami gangguan bekalan air sementara hari ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, gangguan bekalan air bersih itu disebabkan insiden paip pecah di Jalan Lebuh Pudu.

“Kerja-kerja pembaikan paip pecah sedang giat dijalankan untuk menyiapkannya dengan secepat mungkin. Bekalan air di kawasan terlibat dijangka akan pulih secara berperingkat selepas pukul 6 pagi esok, 13 Julai 2016,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Amin Lin berkata, kawasan-kawasan yang terlibat keseluruhan Bangsar, Taman SA, Taman Bukit Bandaraya, Taman Bangsar Baru, Jalan Maarof, Jalan Bangsar, Lorong Maarof, Jalan Travers, Jalan Damansara, keseluruhan Brickfields dan Kampung Attap.

Turut terjejas bekalan air di Jalan Tun H.S Lee, Jalan Hang Kasturi, Jalan Bandar, Jalan Petaling, Lorong Petaling, Jalan Sultan, Jalan Hang Jebat, Lorong Hang Jebat, Jalan Hang Tuah, Jalan Hang Lekir, Lebuh Pudu, Lebuh Pasar Pudu, Jalan Tan Sew Seng, Jalan Silang dan Jalan Tun Perak.

Kawasan Jalan Hang Lekiu, Jalan Benteng, Jalan Melaka, Lebuh Ampang, Jalan Gereja, Jalan Bukit Nenas, Jalan Bukit Mahkamah, Jalan Pudu Lama, sebahagian Jalan Pudu, Persiaran Raja Chulan, sebahagian Jalan Raja Chulan, Jalan Panggong, Jalan ChengLock, LeMeridien Hotel Kuala Lumpur dan Hilton Hotel Kuala Lumpur turut mengalami gangguan bekalan.

“Orang ramai boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar ‘mySYABAS’ dan www.syabas.com.my. Segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bekalan airSyabas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd