• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda United Menang Tipis Ke Atas Melaka United

oleh Ahmad Albab
30/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Felda United kekal di kedudukan teratas Kumpulan D dalam saingan Piala Malaysia selepas menang tipis 1-0 ke atas Melaka United, malam ini.

Pada perlawanan sengit di Stadium Hang Jebat, Melaka, Felda United dilihat lebih banyak menguasai permainan dan melancarkan serangan bertali arus sehingga memaksa Melaka United bertahan memastikan kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama.

Pasukan The Fighters melalui kapten pasukannya, Shukor Adan akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-87.

Melaka United berada di kedudukan tercorot selepas tiga perlawanan malam ini dengan berkongsi tiga mata dengan pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan.

Naib juara, Kedah masih kekal di tangga teratas carta Kumpulan A dengan pungutan tujuh mata terkumpul selepas seri tanpa sebarang jaringan dengan Johor Darul Ta’azim II di Stadium Darul Aman, Kedah.

Manakala, skuad Bujang Senang tidak menggunakan peluang beraksi di tempat sendiri apabila tewas kepada pasukan T-Team 0-2 di Stadium Negeri, Kuching.

Selepas terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama, skuad bimbingan Rahmad Darmawan melalui pemain import dari Brazil, Patrick Dos Santos Cruz akhirnya menjaringkan kedua-dua gol bermakna itu pada minit ke-69 dan masa tambahan.

T-team yang pada awalnya berada pada kedudukan terakhir Kumpulan A, naik ke tangga kedua dengan pungutan empat mata selepas tiga berlawanan, diikuti JDT II (tiga mata) dan Sarawak (satu mata). – BERNAMA

Tags: Felda UnitedMelaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Pahang Hargai MFL Tunda Perlawanan Liga Super

23/05/2019
0

KUANTAN - Pasukan Pahang menghargai tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan Liga Super berdepan Felda United di Kuantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd