Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

700,000 PKS Dapat Manfaat...

KUALA LUMPUR - Geran Khas PRIHATIN bernilai RM2.1 bilion diperuntukkan bagi semua syarikat...

LGE Ditempelak, Cuba Heret...

NIBONG TEBAL - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditempelak kerana didakwa...

Memori Alan Kurdi Berulang...

ROM - Mayat bayi yang kelihatan berusia kurang setahun ditarik keluar dari laut Mediterranean...

SPRM Tubuh MESPR Di...

LENGGONG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan Majlis Eksekutif Sekretariat Pencegahan...

Dua Maut, 36 Selamat Bas Langgar Pembahagi Jalan

BAGAN SERAI – Dua maut manakala 36 penumpang terselamat apabila bas yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di KM 194.9 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol arah utara di sini, hari ini.

Penumpang wanita yang meninggal dunia dikenali sebagai Ho Mei Liang, 46, dari Pulau Pinang tersepit manakala pemandu bas Zulkifli Mohd Yusof yang cedera parah meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Gunung Semanggol.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam kejadian 5.45 petang itu bas ekspres Plusliner berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai terbabas ke kanan setelah mengelak daripada melanggar sebuah tayar yang jatuh di lorong kanan lebuh raya.

“Apabila mengelak bas itu telah melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya tersebut.

Penumpang wanita berkenaan yang duduk di kerusi penumpang di sebelah kanan terpelanting keluar ke cermin depan bas dan mati di tempat kejadian manakala pemandu bas ekspres itu pengsan dan telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gunung Semanggol,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Seorang penumpang Hashimi Abdullah, 50 berkata beliau dan isterinya Erliarahmazaini, 40, dan anak lelakinya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Hashimi dan anaknya tercampak ke depan tetapi beliau tidak cedera manakala anak dan isterinya cedera ringan iaitu luka di tangan kiri dan kaki kiri.

“Saya bersyukur kerana terselamat dalam kejadian ini,” katanya yang akan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di Medan, Indonesia.

Kemalangan itu menyebabkan laluan itu mengalami kesesakan trafik sejauh 10 kilometer. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori