• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dividen, Bonus Khas Sebanyak 12% Untuk Ahli LTAT

oleh Ahmad Albab
22/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengumumkan pemberian dividen dan bonus khas sebanyak 12 peratus untuk 2015 bagi 122,000 pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau berkata LTAT memperoleh pendapatan sebanyak RM766.8 juta bagi tahun 2015.

Katanya, pemberian dividen dan bonus khas itu melibatkan pembayaran sebanyak RM694.1 juta dan ia akan diagihkan dalam masa terdekat.

“LTAT terus mencatatkan prestasi yang baik bagi memastikan pencarumnya iaitu warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat pelaburan yang optimum.

“Selain itu, saya turut meluluskan penambahbaikan skim gaji dan perkhidmatan serta pembayaran bonus sewajarnya kepada pegawai dan kakitangan LTAT untuk 2015,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra LTAT di sini, hari ini.

Beliau berkata kebajikan anggota ATM dan veteran merupakan satu dari fokus dan hala tuju Kementerian Pertahanan untuk tahun ini.

Katanya, ia bagi memastikan setiap anggota dan veteran ATM mendapat pembelaan sewajarnya atas segala khidmat bakti yang mereka curahkan.

“Hala tuju dan agenda kementerian kini berada di landasan yang cukup baik,” katanya.

Pada majlis itu, Hishammuddin melancarkan Yayasan LTAT yang sebelum ini dikenali sebagai Yayasan Warisan Perajurit (YWP) bertujuan menjenamakan semula serta mewujudkan identiti baru bagi yayasan itu. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari...

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

12/11/2022
0

PRU15 | Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd