• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Kerani KKTM Terlantar Di London, Mohon Bantuan

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga seorang ketua kerani yang diserang angin ahmar apabila tiba di London dan dimasukkan ke hospital sedang mengejar masa bagi mengumpul dana untuk membayar bil hospital yang melambung sehingga £46,000 (RM250,000).

Mohamad Sahar Mhd. Noor, 57, ketua kerani di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Negeri Sembilan tiba di London untuk menghadiri upacara penyampaian ijazah untuk anak perempuannya pada 4 Julai tetapi diserang angin ahmar 20 minit selepas tiba.

Beliau dikejarkan ke Charing Cross Hospital di West London dan dimasukkan ke wad sehingga sekarang tanpa insurans perubatan dan terpaksa menanggung bil perubatan terkumpul yang mencecah £46,000 (RM250,000).

Menurut anak perempuannya, Amirah, pelajar siswazah penyelidikan yang menuntut di Brunel University, London, bil akan terus melambung sebanyak kira-kira £2,000 sehari jika bapanya terus berada di hospital itu.

“Kami mahu membawa bapa saya pulang ke Malaysia untuk rawatan kerana ia jauh lebih murah di Malaysia,” kata Amirah menerusi posting dalam laman Facebook beliau.

Semakan oleh Bernama mendapati rayuan keluarga itu untuk mendapatkan bantuan di Facebook dan laman web telah mencapai £35,796 (RM191,668.70) ketika berita ini ditulis hasil sumbangan 1,234 penderma yang menyumbang jumlah serendah £5.

Amirah berkata doktor memberi kebenaran untuk membawa pulang bapanya dengan syarat beliau menggunakan usung atau berada dalam keadaan meniarap sepanjang masa.

Mengenai keadaan bapanya, Amirah berkata doktor telah melakukan pembedahan kecil pada 5 Julai untuk membuang darah beku di bahagian otak sebelah kiri dan keadaan bapanya masih kritikal selepas menjalani pembedahan.

“Hampir dua minggu Ayah berada dalam koma selepas pembedahan tetapi beliau menunjukkan kemajuan baik. Rabu lepas, mereka melakukan tracheostomi untuk membantunya bernafas.

“Alhamdulillah. Keadaannya sekarang stabil dan kadang-kadang dia boleh membuka matanya hanya untuk seketika. Tekanan darahnya terkawal tetapi ia meningkat apabila demam.

“Sekarang mereka terus memantau suhu badannya yang mungkin disebabkan jangkitan. Beliau dipindahkan dari ICU ke ‘hyper acute stroke’ unit,” katanya. – BERNAMA

Tags: angin ahmarbil hospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekutu Jho Low Mati Akibat Serangan Angin Ahmar’

‘Sekutu Jho Low Mati Akibat Serangan Angin Ahmar’

31/05/2023
0

KUALA LUMPUR : Ahli Perniagaan yang juga sekutu Jho Low, Kee Kok Thiam disahkan meninggal dunia di hospital pada Isnin...

Lagi Kes Ibu Bawa Lari Bayi Dari Hospital

25/07/2018
0

KUANTAN - Kerana tidak mampu bayar bil Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), seorang wanita warga Myanmar yang dalam pantang nekad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd