• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Mahu Capai Persetujuan Adakan PRN P.Pinang

oleh Ahmad Albab
29/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – DAP tidak mahu ambil tahu mengenai isu sampingan berhubung pilihan raya mengejut negeri (PRN) Pulau Pinang, sebaliknya parti itu hanya mahu mencapai persetujuan terhadap isu pokok, kata Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata tidak timbul isu bahawa rakan sekutunya PKR membayangkan akan bekerjasama dengan PAS untuk menghadapi PRN sedangkan keputusan untuk mengadakan pilihan raya mengejut itu masih belum dibuat.

“Kami tidak perlu memikirkannya sehingga isu pokok sama ada persetujuan boleh dicapai atau tidak (untuk mengadakan PRN), itu lebih penting dari isu sampingan.

“Saya tidak ada apa-apa komen tentang hal-hal lain, saya lebih berminat untuk mendapatkan keputusan pertama. Adalah penting keputusan pertama diperoleh dahulu, kemudian butiran lain boleh diusahakan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Terbuka Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon membayangkan kerjasama antara PKR dan PAS untuk menghadapi PRN walaupun PAS menegaskan tidak mahu meneruskan kerjasama dengan PKR di Pulau Pinang.

Mohd Rashid berkata PKR akan meneruskan kerjasama dengan PAS di peringkat kepimpinan parti.

Mengulas perkembangan perbincangan antara DAP dan PAS berhubung PRN, Chow yang juga exco kerajaan negeri berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu kerana tidak terlibat dalam perbincangan di peringkat pusat.

Ditanya mengenai desas desus hubungan DAP dan PKR di Pulau Pinang sudah tidak berapa baik, Chow berkata: “Saya rasa ini memang spekulasi di luar sahaja.”

Selasa lepas, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Isu pilihan raya negeri timbul apabila media tempatan melaporkan bahawa DAP menyenaraikan dua pilihan berikutan tuduhan rasuah yang dihadapi Lim.

Satu daripadanya ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengetahui respons rakyat Pulau Pinang terhadap tuduhan yang dikenakan terhadap Lim, satu lagi ialah menunggu pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Ogos 2018.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi, 19 daripadanya disandang DAP; PKR (10); BN (10) dan PAS satu. – BERNAMA

Tags: DAPPRN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd