KITAÂ biasa melihat pelbagai bentuk kek cawan yang muncul sejak trend ‘cupcake‘ melanda dunia.
Hati mana tidak tertawan apabila melihat kek-kek cawan yang comel, kreatif lagi unik.
Namun, sanggupkah anda menelan ‘cupcake jerawat’ seperti yang tertera menerusi gambar di bawah ini?
Kek cawan dari sebuah kedai membuat kek di California, Amerika Syarikat, Blessed by Baking, yang dihiasi fondant ini kelihatan seperti jerawat yang sudah ‘matang’ dan boleh dipicit.
A photo posted by Blessed By Baking (@blessedbybaking) on
Malahan, ‘jerawat’ itu boleh dipicit dan isi kastard di bahagian dalam kek itu akan keluar seolah-olah seperti nanah.
Menurut laman Bored Panda, kek-kek itu merupakan hadiah istimewa untuk seorang doktor pakar kulit terkenal, Dr. Sandra Lee.
Beliau yang lebih dikenali di media sosial sebagai Dr. Pimple Popper disebabkan kerap memuat naik video-video ketika mengeluarkan nanah pada jerawat dan bisul para pesakitnya.
Doktor ini kerap memuat naik video dan gambar-gambar sedemikian di laman Instagramnya dan begitu diminati ramai. – MYNEWSHUB.CC