• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cruz Tidak Sokong Donald Trump

oleh Ahmad Albab
22/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

Ohio (Amerika Syarikat): Bekas pencabar calon presiden, Ted Cruz mengejutkan Konvensyen Kebangsaan Republikan kelmarin apabila enggan menyokong calon parti itu, Donald Trump dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat November depan.

Cruz yang tewas dalam persaingan untuk menjadi calon Republikan sebaliknya menggesa rakyat Amerika ‘mengundi mengikut kata hati’ mereka ketika berucap di konvensyen berkenaan.

Cruz mulanya disambut tepukan gemuruh ketika naik ke pentas, tetapi sorakan bertukar menjadi ejekan apabila senator dari Texas itu nyata tidak datang ke Cleveland untuk menyokong bekas lawannya.

“Kita layak mendapat pemimpin yang berpegang pada prinsip, yang menyatukan kita semua melalui nilai murni yang dikongsi bersama, yang mengetepikan rasa marah dengan kasih sayang.

“Jika kamu sayangkan negara kita dan anak-anak seperti yang saya rasakan, bertegaslah bersuara dan undi mengikut kata hati anda,” katanya, secara tidak langsung mengkritik Trump.

Dua calon itu kerap bersengketa sepanjang kempen mereka sebelum ini, termasuk isu peribadi dengan Trump mengejek isteri Cruz selain menggelarnya penipu.

Cruz dijangka bertanding pada kempen pilihan raya 2020 sekiranya Trump kalah kepada Hillary Clinton November ini.

Sementara itu, kata-kata Cruz menambah kepada ketegangan dirasai dalam konvensyen yang melihat pertelingkahan antara kumpulan anti-Trump dan penyokongnya, selain pelbagai masalah kecil lain. – Agensi/myMetro Online

Tags: calon presiden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratna Malukan Calon Presiden

05/10/2018
0

JAKARTA - Terpedaya dengan dakwaan anggota pasukan kempennya, Ratna Sarumpaet, bahawa dia cedera di muka akibat dipukul, pencabar Presiden Indonesia,...

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Trump Nak Saman

23/10/2016
0

CALON presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berikrar akan menyaman kesemua wanita yang pernah tampil mendakwa dia melakukan serangan dan gangguan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd