Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Nikah Guna Sindiket Boleh...

Perkahwinan menggunakan khidmat sindiket nikah dibimbangi tidak dijalankan mengikut hukum syarak seterusnya boleh...

PNB Umum Agihan Pendapatan...

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd. hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak...

MH370: Keluarga Harap Pencarian...

KUALA LUMPUR - Keputusan Mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Menteri mengenai pesawat Malaysia Airlines...

Pemecatan Tokoh UMNO Tak...

SEREMBAN - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata pemecatan dua veteran UMNO tidak...

Cawangan Khas Pantau Akhbar Haram Terbitan Daesh

BAGAN DATOH – Cawangan Khas Bukit Aman sedang memantau rapi akhbar berbahasa Melayu, Al Fatihin terbitan militan Daesh yang dipercayai dikendalikan oleh sekumpulan petugas rakyat Malaysia dan Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya belum menerima sebarang edisi bercetak akhbar itu yang setakat ini dikesan hanya boleh dilayari menerusi Internet sebanyak 20 halaman.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pihaknya percaya akhbar berkenaan cuba disebarkan di seluruh Asia Tenggara dengan tujuan untuk mempengaruhi orang ramai terutama yang memahami bahasa Melayu.

“Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri akan terus memantau mana-mana pihak yang memuat turun atau mencetak akhbar berkenaan.

“Saya menyeru orang ramai supaya tidak melayari dan melakukan pencetakan kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Guru 2016 peringkat daerah Hilir Perak di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini hari ini.

Ahmad Zahid menyatakan demikian ketika diminta mengulas penerbitan akhbar Al Fatihin versi bahasa Melayu termasuk dalam format e-book atau digital terbitan Daesh Asia Tenggara yang berjaya dikesan baru-baru ini.

Baca: KDN, SKMM Pantau Dan Sekat Akhbar Daesh

Cawangan Khas Pantau Akhbar Haram Terbitan Daesh
Paparan akhbar Al Fatihin edisi bahasa Melayu versi atas talian terbitan Daesh Asia tenggara. – Gambar hiasan

Akhbar Al Fatihin keluaran pertama kumpulan pengganas Daesh yang setebal 20 muka surat itu dilancarkan di selatan Filipina pada 20 Jun lepas sebelum kandungannya disebarkan secara dalam talian dan media sosial.


Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya meminta Kementerian Pendidikan mengkaji skim perkhidmatan perguruan di semua peringkat supaya ia dipertingkatkan bagi menghargai jasa dan sumbangan warga pendidik.

“Kalau kita kata guru adalah pembina negara bangsa, tetapi di mana letaknya status guru sosial negara? Maka guru haruslah diberikan peluang lebih baik,” kata beliau.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengarah Pendidikan Perak, Rozi Puteh Ismail dan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak, Sulaiman Samsudin serta 1,000 guru dari sekitar daerah Hilir Perak. – Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Daesh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori