KUALA LUMPUR – Langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan kadar caj parkir kenderaan sehingga 150 peratus di beberapa kawasan di sekitar ibu kota mulai Isnin sebenarnya ada alasan tersendiri.
Malah menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz, tindakan itu juga adalah untuk menggalakkan orang ramai lebih berkongsi kereta dan bukan bertujuan mengaut keuntungan oleh DBKL.
Beliau berkata, pelaksanaan kenaikan kadar baharu itu bahkan diharap dapat menggalakkan sekurang-kurangnya sejuta pemandu solo, mempertimbangkan kaedah menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kereta ke pejabat.
“Sebanyak 70 peratus daripada 3.5 juta kenderaan masuk ibu negara terdiri daripada pemandu solo. Jika mereka guna pengangkutan awam atau kongsi kenderaan, ini kurangkan bilangan kenderaan ke pusat bandar,†kataÂnya.
Beliau menyatakan demikian kepada sebuah akhbar sebagai mengulas meÂÂngenai aduan orang ramai mengenai kadar caj tempat parkir milik DBKL naik sebanyak hampir tiga kali ganda atau 150 peratus berkuat kuasa pada 18 Julai.
Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan pelaksanaan kadar tersebut ialah di sekitar Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar.
Mhd. Amin Nordin seterusnya berkata, peningkatan kadar baharu itu juga dibuat selepas kali terÂakhir ia disemak sebenarnya kira-kira 40 tahun lalu iaitu ketika Kuala Lumpur baru sahaja dua tahun menjadi Wilayah Persukutuan.
Terdahulu, Kuala Lumpur yang diwujudkan sejak 1859 pernah merupakan sebahagian daripada kawasan pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebelum diisytiharkan tarafnya sebagai sebuah bandar raya pada 1972.
“Pada masa ini kadar letak kereta di kompleks beli-belah adalah lebih tinggi daripada kadar kami sendiri. Selain itu, jika kita bandingkan dengan negara-negara ASEAN yang lain, kita sebenarnya masih lagi murah,†kataÂnya.
Sehubungan itu, Mhd. Amin Nordin menasihati orang ramai supaya menggunakan beralih pengangkutan awam yang disediakan untuk meÂnangani masalah keÂsesakan jalan raya selain menjimatkan kos perbelanjaan harian.
“Saya sendiri sebagai warga kota menggunakan peÂngangkutan awam kerana ia cepat dan selamat. Selain itu, langkah ini seiring usaha DBKL untuk tidak menggalakan parkir di pusat bandar,†katanya lagi. – Agensi/Myewshub.cc/HAA

