• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Bawa Motor Maut Kemalangan

oleh Ahmad Albab
10/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya di Jalan Lingkaran, FELDA Kahang Barat, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, dalam kejadian jam 4.55 petang, mangsa, Muhammad Azrie Hakimie Mohd Zamri menunggang motosikal seorang diri dari FELDA Kahang Barat melalui Jalan Lingkaran.

Beliau berkata, sebaik sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia.

“Jenazah mangsa dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalthom (HEBHK), di sini, untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi dikebumikan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurut Muhamad, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di jalan dua lorong yang lurus selain keadaan kering dan rata serta bukan laluan utama penduduk di FELDA itu.

“Kejadian itu membabitkan kanak-kanak yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

“Kemalangan membabitkan kematian ke atas pemandu dan penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini walaupun beberapa langkah pencegahan sudah dilakukan.

“Oleh itu, ibu bapa atau penjaga diingatkan supaya memastikan kenderaan milik mereka tidak sewenangnya digunakan anak terutama kepada mereka yang diketahui tidak mempunyai lesen memandu yang sah,” katanya.

Muhamad berkata, tindakan tegas boleh dikenakan terhadap ibu bapa mangsa sekiranya siasatan mendapati mereka bersalah kerana dengan sengaja memberikan kebenaran untuk menggunakan kenderaan milik mereka. – myMetro Online

Tags: budakkemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong memuji kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang...

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

23/05/2026
0

JOHOR BAHRU - "Jangan risau walaupun negeri kita ditakbir oleh seorang 'budak', tapi 'budak' ini memang budak yang rajin" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd