• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Empangan Selesaikan Masalah Bekalan Air

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Kerajaan Kelantan dicadangkan membina empangan di kawasan ulu negeri ini, bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata bekalan air yang sering terputus dan berwarna kekuningan di sesetengah kawasan menyukarkan urusan harian penduduk.

“Keadaan tersebut bertambah kritikal pada sambutan Hari Raya Aidilfitri awal bulan ini apabila ramai rakyat Kelantan yang bekerja di luar pulang untuk menyambut hari raya bersama keluarga di kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di sini, hari ini.

Kira-kira 15,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya yang tinggal di jajahan Machang menghadiri majlis itu.

Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata kerajaan Persekutuan akan terus membantu kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

Anggota Parlimen Machang itu juga berkata sudah sampai masanya kerajaan negeri ‘duduk semeja’ dengan kerajaan Persekutuan yang sentiasa membuka pintu rundingan bagi membantu menyelesaikan sebarang masalah, demi faedah rakyat.

Selain sumber air sungai, bekalan air di negeri ini turut diperoleh daripada telaga tiub. – BERNAMA

Tags: airempangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd