SEEKOR biawak sesat yang selamba sahaja berlegar-legar di dalam sebuah pasar raya besar mencetuskan kegusaran dan rasa panik kepada pengunjung gedung premis tersebut di Thailand.
Dalam kejadian berlaku di sebuah Tesco Lotus di Ban Khlong Nung, biawak berkenaan maah dilihat enggan meninggalkan pasar raya itu meskipun telah diusir beberapa kali oleh pengunjung dan kakitangan di situ.

Menerusi video amatur berdurasi satu minit itu, reptilia berkenaan dilihat berada di hadapan pintu keluar pasar raya tersebut menyebabkan ramai pengunjung berasa takut untuk melaluinya.
Biawak tersebut dilihat melibas-libaskan ekornya dan bertindak agresif apabila seorang staf beruniform hitam cuba menghalaunya menggunakan banner yang terdapat di pintu keluar pasar raya berkenaan.


“Pergi, pergi, pergi,” kata staf pasar raya tersebut.
Salah seorang wanita yang bertindak merakam kejadian itu kedengaran berkata, “Kenapa ia datang ke sini. Dia tidak mahu keluar. Sangat menakutkan,” luahnya.
Manakala salah seorang pengunjung turut memberi pandangan bahawa tindakan berani staf Tesco itu mampu mengundang bahaya kepada diri sendiri.
Seharusnya mereka peru menunggu kedatangan petugas pasukan penyelamat haiwan yang lebih terlatih.
Bagaimanapun, biawak berkenaan berjaya dihalau keluar daripada pasar raya berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

