ARAB Saudi pun suatu ketika dahulu pernah dituduh oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) terlibat dalam siri serangan 11 September 2001 atau disebut 911.
Malah dalam laporan ‘911 commission report’ terdapat 28 muka surat yang ‘diharamkan untuk diterbitkan’ selama 14 tahun, yang mana menjadi ‘modal’ pelobi dan pembenci Islam untuk mengaitkan negara Islam berkenaan dengan serangan pengganas 911.
Mereka memfitnah Arab Saudi dengan bermacam-macam fitnah sehingga Arab Saudi terpaksa melaporkan setiap transaksi kewangan amal mereka (a.k.a Derma) secara terbuka.
(Satu perkara yang tidak gemar dilakukan oleh Arab Saudi adalah mengumumkan sumbangan mereka secara terbuka. Sila rujuk buku berjudul ‘A Country and A Citizen for Happy, Decent Life,’ terbitan Kementerian Penerangan Arab Saudi m/s : 40).
Baca: Protokol 12 – Cara Zionis Hancurkan Malaysia
Juga: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat
Ternyata, 28 muka surat tu sudah ‘declassified’, baru-baru ini tidak membuktikan sebarang perkaitan Arab Saudi dengan serangan 911.
Justeru, sebaran berita dari AS ini harus dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum mudah mempercayainya. Ingatlah dulu, mereka pernah tuduh Iraq mempunyai ‘weapon of mass destruction – (WMD)’.
Namun apabila negara itu musnah, barulah mereka akui bahawa mereka tersilap.
Apa-apa pun berhati-hatilah dalam menilai berita. Terutama sekali media dari AS.
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.â€Â [Al Hujurat : 6]. – MYNEWSHUB.CC