• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi 6 Bulan Maut Kemalangan Di Jalan Semporna-Tawau

oleh Ahmad Albab
04/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Seorang bayi perempuan berusia 6 bulan maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di kilometer 17 Jalan Semporna-Tawau sekitar pukul 2.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Peter Ak Umbuas berkata kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan iaitu Proton Saga, Proton Waja dan van Toyota Hiace.

Katanya ketika kejadian, kereta Proton Waja yang dipandu bapa mangsa Mohd Razalie Hajallajim yang dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna memasuki arah bertentangan lalu melanggar bahagian tepi kanan kereta Proton Saga yang datang dari Semporna menuju ke Tawau.

“Kemudian, kereta Proton Waja itu dilanggar pula oleh van yang mengekori Proton Saga tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata anak Mohd Razalie, Nur Dania Delisha meninggal di tempat kejadian manakala mangsa lain yang cedera dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut.

Peter berkata Mohd Razalie, 30, dan isterinya Mariana Abd Hana, 30, mengalami cedera ringan manakala adik Mariana, Mohd Raizuan, 24, cedera parah.

Pemandu van pula Al Nasirun Darwis, 47, hanya cedera ringan dan pemandu Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: bayikemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd