• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BASIS, MCKK Juara Bahas Piala Perdana Menteri Ke-43

oleh
31/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Sains Banting (BASIS) dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dinobatkan sebagai johan Bahas Piala Perdana Menteri Ke-43, masing-masing bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Dewan Aminuddin Baki Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu di sini hari ini, MCKK mengekalkan kejuaraan tiga kali berturut-turut apabila menewaskan Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS) dengan membahaskan tajuk ‘In The Name Of Humanity, All Countries Should Take In Refugees That Suffer From Humanitarian Crisis’.

Manakala BASIS yang menang julung kali menewaskan Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan (TKC) dengan tajuk ‘Teknologi Mekanisme Terbaik Membanteras Jenayah’.

Pembahas MCKK, Amir Aniq Abdul Hazis muncul sebagai Pembahas Terbaik Bahasa Inggeris bagi kali ketiga berturut-turut, manakala Zulaika Zamaluddin dari BASIS dinamakan Pembahas Terbaik kategori Bahasa Melayu.

Perbahasan itu khusus bagi Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.

Juara membawa pulang wang tunai RM4,000, sijil penyertaan dan piala pusingan manakala naib juara menerima RM3,000, sijil dan piala pusingan.

Pembahas terbaik pula menerima wang tunai RM1,000, sijil dan hadiah iringan.

Hadiah disampaikan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli Lembaga Pengarah Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam, Profesor Tan Sri Dr. Abdul Latiff Abu Bakar.

Amir Aniq ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak menyangka merangkul gelaran pembahas terbaik memandangkan pembahas daripada ASIS tidak kurang hebatnya.

“Anugerah ini amat bermakna bagi saya yang akan meninggalkan MCKK tahun ini selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).”

Bagi Zulaika, beliau bersyukur atas kemenangan ini setelah penat lelahnya terbayar.

“Kemampuan diri adalah berbeza dari segi individu dan saya percaya akan kebolehmampuan diri saya.” – BERNAMA

Tags: BASISMCKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PIBG MCKK, Ahli Keluarga Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

PIBG MCKK, Ahli Keluarga Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

09/11/2023
0

Peguam mewakili PIBG dan ahli keluarga, Hasshahari Johari Mawi berkata, insiden yang ditularkan minggu lalu menjadi tidak terkawal, menyebabkan pihak...

Anwar Kesal Kes Keracunan Makanan Di MCKK

22/08/2016
0

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan insiden seramai 56 pelajar Kolej...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd