• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Terbalik: Tiga Masih Dirawat Di HKL

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tiga pelancong warganegara China yang terlibat dalam kemalangan bas di KM17.13 semasa menuruni Genting Higlands semalam, masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata mereka ialah Wei Quanying, 45, yang retak tulang pinggul, Zhang Aihua, 41, kerana mengalami kecederaan di kepala dan tengkuk serta Chen Jing, 38, yang disahkan patah kaki kanan.

“Bas yang terlibat membawa 25 penumpang termasuk empat kanak-kanak selain seorang pemandu pelancong. Selepas kemalangan, 15 daripada mereka dibawa ke HKL bagi rawatan dan pemeriksaan manakala bakinya dibenarkan pulang ke hotel di Petaling Jaya.

“Siasatan mendapati bas itu melantun secara tiba-tiba semasa melalui selekoh sebelum hilang kawalan menyebabkannya terbalik dan melanggar tembok pemisah jalan sehingga bas rosak teruk pada bahagian kanan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau menambah bas milik syarikat HTC Travel itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan bertolak dari Stesen Skyway di Genting Highlands pada 6.15 petang.

Mohamad Mansor berkata mereka yang turut terlibat dalam kemalangan itu ialah Yang Hengchun, 68, Zhang Shentai, 65, Yang Mingfang, 58, Xu Guanqun, 55, Liu Rongming, 51, Wang Zhongwei, 46, Wei Aiming, 41, Liang Lumin, 40, Zhang Yan, 39, Chen Jing, 38, dan Ye Juan, 31.

Turut terlibat Sun Yurong, 29, Shi Wei, 27, Zou Yingxia, 27, Zuo Jiangang, 27, Xu Yifeng, 24, Wei Jiayu, 18, Wang Ziyi, 17, Wan Xilai, 10, Liang Chinhao, 8, Sun JingJia, 6 dan Zao Haoting, 4.

Katanya pemandu pelancong Yap Poh Chin, 37, yang beralamat di Jinjang Utara, Kuala Lumpur bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Kemalangan yang berlaku pada 7.15 malam semalam juga menyebabkan pemandu Tan Ching Kok, 50, yang berasal dari Kampar, Perak meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.

Mohamad Mansor menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd