• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Timur Kendali 304 SAR Libat 1,033 Mangsa Sejaka 2006

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur telah mengendalikan 304 kes kejadian mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan 1,033 mangsa sejak penubuhannya pada 2006.

Pengarah Maritim Wilayah Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee berkata daripada jumlah tersebut, seramai 623 mangsa berjaya diselamatkan dan 129 mangsa meninggal dunia manakala 279 lagi gagal ditemui dan dilaporkan hilang di laut.

“Mangsa yang tidak berjaya diselamatkan adalah berpunca daripada pelbagai faktor antaranya persekitaran seperti keadaan laut, cuaca, aset yang sesuai dan jarak penglihatan.

“Faktor kedua pula ialah kegagalan aspek keselamatan oleh mangsa di mana kebanyakan mangsa tidak memakai jaket keselamatan menyebabkan mereka tidak mampu bertahan lama di atas air.

“Ini disokong dengan hasil pemeriksaan APMM ke atas bot-bot kecil yang mendapati mereka kurang menitikberatkan aspek keselamatan diri terutamaya pemakaian jaket keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Search and Rescue Exercise (SAREX) di sini hari ini.

Program SAREX kali ke-10 selama tiga hari itu diadakan bagi melatih dan menjelaskan prosedur kepada agensi dan jabatan terlibat berkaitan operasi mencari dan menyelamat.

Seramai 350 pegawai dan anggota dari 13 agensi bersama 21 bot serta kapal menyertainya membabitkan tiga fasa iaitu sesi pengenalan SAR, latihan simulasi di darat dan praktikal di laut serta bedah siasat bagi penambahbaikan selepas program berakhir.

Mamu berkata aduan orang ramai yang lewat kepada APMM turut menyumbang kepada kesukaran agensinya untuk menjumpai mangsa dalam keadaan masih bernyawa.

“Waktu bertindak kita ialah dalam tempoh dua jam selepas sesuatu kejadian itu berlaku.

“Malangnya ada sesetengah kes dilaporkan lewat malah memakan masa sehingga lima hari sebelum dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata bagi mengatasi masalah itu, APMM telah merangka pelbagai strategi untuk membantu memberi kesedaran kepada pengguna maritim.

“Kita menganjurkan program Preventive SAR setiap tahun yang meliputi ceramah kesedaran, pengedaran risalah keselamatan dan pemeriksaan kapal di setiap negeri.

“Pameran APMM pula dibuat bagi memperkenalkan fungsi mencari dan menyelamat selain tidak lari dari memberi kesedaran kepentingan menitikberatkan keselamatan semasa di laut.

“Program Sahabat Maritim juga amat penting kerana ia mengeratkan hubungan APMM dengan komuniti maritim setempat dan ini memudahkan sebarang maklumat penting disalurkan kepada kita,” katanya. – BERNAMA

APMM Timur Kendali 304 SAR Libat 1,033 Mangsa Sejaka 2006

Tags: APMMoperasi SAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd