• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa Yakin UMNO SABAH Akan Bertambah Kuat

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa yakin UMNO Sabah akan bertambah kuat selepas mengharungi pelbagai cabaran semasa parti, termasuk yang terbaharu, tindakan beberapa pemimpin cawangan dan bahagian di Semporna mengisytiharkan keluar daripada UMNO.

Kebiasaannya, kata Annuar, setiap kali berhadapan dengan cabaran, UMNO akan bertambah kuat dan kukuh kerana apapun yang berlaku akan dijadikan pengajaran oleh anggota serta kepimpinan parti.

“Daripada apa yang dapat perhatikan, semangat sangat tinggi di kalangan jentera parti (di Sabah) dan saya percaya barangkali kadang-kadang bila ada yang berlaku pada kita, antibodi bertambah kuat. Saya meramalkan begitu. Saya meramalkan UMNO Sabah akan menjadi semakin kuat.

“Dia (UMNO Sabah) menjadi lebih bersiap siaga, menyedari situasi yang berlaku kerana dia (UMNO) menjangkakan akan ada ancaman baharu yang datang. Ini memperteguhkan UMNO Sabah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua penerangan UMNO peringkat negeri Sabah malam tadi.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 100 jentera penerangan parti dari seluruh Sabah itu ialah Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad.

Menurut Annuar cabaran yang dihadapi UMNO Sabah sekarang yang melibatkan satu bahagian sahaja bermasalah, jauh lebih kecil berbanding dengan yang pernah dihadapi UMNO Kelantan suatu ketika dahulu apabila krisis dalaman parti bersifat menyeluruh sehingga memaksa UMNO Kelantan membina semula kekuatannya bermula daripada kosong.

Beliau berkata sokongan rakyat serta anggota parti kepada UMNO Sabah juga tidak akan mudah goyah kerana rakyat dan kepimpinan politik Sabah banyak belajar daripada beberapa episod krisis politik di negeri itu pada masa lalu sehingga UMNO muncul sebagai faktor penyatu kepada rakyat di Sabah dan membawa kestabilan politik di negeri berkenaan.

Katanya dengan adanya kestabilan politik, banyak perkara dapat dilakukan untuk membangunkan Sabah demi kebaikan dan kemakmuran rakyat negeri itu.

“Saya fikir rakyat Sabah sangat-sangat menghargai (kestabilan politik ini) dan ini menjadi satu petanda yang sangat baik bagi Sabah sebab akhirnya yang penting itu rakyat… rakyat Sabah mesti mendapat yang terbaik. Jadi semangat itu, Insya-Allah, akan memberi peluang kepada rakyat Sabah menikmati kemajuan yang lebih besar,” katanya.

Sehubungan itu Annuar memuji kepimpinan UMNO Sabah yang mampu membina UMNO sehingga menjadi sebuah parti yang kuat di Sabah dengan anggotanya mempunyai semangat dan penghayatan terhadap perjuangan parti yang amat tinggi. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaUMNO Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd