Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kawasan Berisiko Tinggi Seluruh...

Yan : Kawasan berisiko tinggi berlaku bencana geologi seluruh negara akan diberi keutamaan...

Wadah Kecam Laporan `The...

KUALA LUMPUR - Sekretariat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) mengecam laporan `The Gospel...

CarJen Food Sasar Jualan...

MELAKA - Syarikat pengeluar makanan, CarJen Food Sdn Bhd menyasarkan peningkatan jualan pelbagai...

Curi Motosikal, 3 Mekanik...

KOTA TINGGI - Tiga mekanik berusia antara 17 dan 34 tahun ditahan polis...

Anifah Hadiri Debat Terbuka Memupuk Keamanan Di Afrika

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memulakan lawatan kerja tiga harinya ke New York pada Khamis dengan menghadiri Debat Terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Memupuk Keamanan di Afrika.

Menurut Wisma Putra berkata Debat Terbuka itu, yang julung kali diadakan, memberi tumpuan kepada pemupukan keamanan di Afrika dan dipengerusikan Menteri Luar Jepun yang merupakan presiden Majlis Keselamatan bulan ini.

Wakil peringkat menteri yang menghadiri debat itu adalah dari Angola, Perancis, Senegal dan Amerika Syarikat, kata Wisma Putra dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hasil daripada debat itu, Majlis Keselamatan menerima pakai Kenyataan Presiden yang menekankan pentingnya pembangunan institusi sebagai sebahagian daripada usaha jangka panjang dalam memumpuk keamanan dan peranan pertubuhan serantau dan subserantau dalam mengekalkan keamanan di Afrika.

Semasa lawatan rasmi itu, Anifah dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Jepun untuk saling bertukar pendapat mengenai isu serantau yang menjadi kebimbangan bersama.

Selain itu, beliau akan menemui calon-calon jawatan Setiausaha Agung PBB iaitu Helen Clark dari New Zealand dan Vuk Jeremic dari Republik Serbia.

“Sebagai anggota Majlis Keselamatan, Malaysia terlibat dengan pemilihan Setiausaha Agung baharu yang akan diputuskan hujung tahun ini,” kata Wisma Putra.

Pada Ogos ini, Malaysia bersedia mengambil alih tugas sebagai Presiden Majlis Keselamatan PBB daripada Jepun.


Dalam ucapannya pada Debat Terbuka itu, Anifah berkata Malaysia kekal komited untuk menyumbang kepada keamanan dan keselamatan, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi di Afrika.

Beliau berkata dalam dasar luar negaranya, Malaysia melaksanakan komitmen ‘memakmurkan jiran’ yang turut merangkumi Afrika juga.

“Sejak beberapa dekad lepas, Malaysia terlibat dengan Afrika khususnya sokongan ‘pembangunan institusi’ dalam bidang keamanan dan keselamatan, perdagangan, pelaburan dan pembangunan holistik, semakin meningkat.

“Komitmen kami untuk terus menyokong dan membantu rakan-rakan di Afrika dibuat berdasarkan kepercayaan bahawa pembangunan peringkat tinggi bergantung kepada kualiti modal insan, sumber dan institusi yang ada,” katanya.

Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama di sini, hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori