Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pantai Bogel Pertama Afrika...

JOHANNESBURG - Setelah ditunda hampir sebulan, akhirnya Afrika Selatan membenarkan golongan naturist atau...

Napsiah, Pejuang UMNO Berjiwa...

KUALA PILAH - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Pengerusi...

284 Jemaah Haji Kumpulan...

PETALING JAYA : Seramai 284 bakal jemaah haji penerbangan kumpulan ketiga (KT03) selamat...

10 Negara ASEAN Sertai...

GEORGE TOWN – Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) akan menganjurkan Bengkel Serantau Bandar...

Anggota Bomba Disaran Lebih Aktif Bersukan

NILAI – Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim mahu anggota jabatan itu lebih aktif bersukan sebagai ‘menyalurkan’ bebanan karier kepada aktiviti yang lebih sihat dan cergas.

Beliau berkata tubuh badan yang sihat merupakan elemen penting bagi seseorang anggota bomba dalam menjalankan tugas seharian.

Sukan telah banyak menaikkan imej jabatan sama ada melibatkan kejohanan di dalam atau luar negara, katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Sukan Bomba Malaysia (Sukbom) 2016 di sini, malam tadi.

“Antara pencapaian hebat adalah melalui acara dart, Pegawai Bomba Mohd Nasir Jantan dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya telah mengharumkan nama negara apabila menjuarai acara perseorangan lelaki di kejohanan WDF Asia Pasific
Cup di Hong Kong … kemenangan ini telah menyenaraikan beliau di tangga ke-36 ranking dunia,” katanya.

Wan Mohd Nor berkata beliau juga bangga dengan jumlah penyertaan dalam Sukbom kali ini iaitu seramai 1,469 atlet warga JBPM seluruh negara.


“Sukbom menawarkan 112 pingat emas mengikut kategori bermakna semua peringkat umur warga JBPM boleh mengambil bahagian bukan sahaja untuk acara sukan padang tetapi juga acara sukan indoor,” katanya.

Sukbom 2016 yang berlangsung selama enam hari bermula 22 Julai mempertandingkan acara renang, olahraga, golf, ping pong, dart, karom, tenis, badminton, tenpin bowling, bina badan, tarik tali, memanah serta ‘fire band’ dan ‘bomba got talent’.

Acara dipertandingkan di gelanggang sekitar Seremban dan Nilai. Stadium Tertutup Nilai, Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kompleks Sukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Nilai dan Pusat Akuatik Paroi merupakan venue utama. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori