• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Along Halau Saya Keluar” – Zila AF Terlalu Rindu Anak

oleh AK-47
29/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH enam tahun mendirikan rumah tangga, muncul khabar angin menyatakan hubungan pelawak terkenal Along Cham bersama isterinya Zila Seeron sedang berantakan.

Bercakap kepada Astro Gempak, Zila yang juga bekas finalis Akademi Fantasia musim keempat mengakui sudah tidak bersefahaman bersama suaminya itu.

"Along Halau Saya Keluar" - Zila AF Terlalu Rindu Anak

Menurut, Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, mereka sudah empat bulan tidak tinggal bersama dan dia kini sedang berdepan proses mahkamah difailkan Along membabitkan kes nusyuz.

“Saya pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz. Sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.

“Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial). Tetapi selepas seminggu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan selepas itu saya tidak dibenarkan bertemu Danial lagi.

“Saya terlalu rindukan anak saya,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Mawi di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Jelas Zila, buat masa ini hak penjagaan anak berpihak kepada suaminya namun dia akan tetap mendapatkan hak itu suatu hari nanti.

Ditanya mengenai punca bergolak rumah tangga mereka, Zila mendakwa Along sentiasa mencari salahnya tanpa alasan kukuh.

“Tiada apa lagi yang ingin saya katakan. Saya telah mencuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik selama enam tahun ini, tetapi di mata dia saya tidak pernah sempurna,” katanya sayu.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada tanggal 23 Januari 2010.

Apa pun, sama-sama kita doakan agar pasangan ini berbincang dengan baik dan bersama kembali. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Along ChamZila
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Along Cham Sahkan Lafaz Cerai Taklik Hari Ini

Along Cham Sahkan Lafaz Cerai Taklik Hari Ini

28/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Along Cham mengesahkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena...

‘Tolonglah! Saya Merayu, Saya Ada Anak’ – Along Cham

‘Tolonglah! Saya Merayu, Saya Ada Anak’ – Along Cham

20/12/2024
0

SEPANG - "Tolonglah, saya merayu dilepaskan dengan jaminan, saya ada anak nak sekolah". IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Demikian rayuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd