Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Kisah Peter Cheng Untuk...

KENAL siapa Peter Cheng? Rsanya tak ramai kenal pun. Tapi sejak semalam namanya menjadi...

6 Lagi Kematian Akibat...

PUTRAJAYA - Enam lagi kematian membabitkan pesakit COVID-19 dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif...

Kenyataan Media KJ Kes...

Kenyataan media Saya tentang isu doping Tai Cheau Xuen:Saya memandang serius tuduhan penggunaan...

Peniaga Maut Disambar Petir...

GUA MUSANG - Seorang peniaga yang sedang mengupas kulit buah kelubi di sebuah...

Lara Alana Punya Kolon Jenama Sendiri

REZEKI seolah-olah tidak pernah putus untuk si cilik milik pasangan pelakon dan pengacara popular tanah air, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana.

Populariti yang diraih menyebabkan si cilik ini menjadi rebutan syarikat-syarikat pengiklanan dan pengeluar produk-produk tempatan untuk dijadikan duta. Kini tampil dengan produk sendiri.

Memetik laporan daripada sebuah portal berita tempatan, Lara kini mempunyai rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri di bawah labelnya sendiri khusus untuk kanak-kanak.

Lara Alana Punya Kolon Jenama Sendiri
Lara Alana

Menurut Awal, kolon jenama Lara Alana itu didatangkan dengan dua jenis bauan segar dan telah dipasarkan sejak Ramadan lalu.

“Kami sekarang dalam proses pengeluaran kedua pula untuk kolon kanak-kanak ini. Kehadiran kolon ini juga adalah untuk memberi lebih pilihan kepada ibu bapa untuk mencari penyegar badan buat si kecil.

“Ini memandangkan kebanyakan produk lebih menumpukan kepada pasaran dewasa,” katanya.

Jelas Awal lagi, kolon yang didatangkan dengan bauan teh hijau dan safron dijual dengan harga RM39 bagi setiap 100ml sebotol.


Lara Alana Punya Kolon Jenama Sendiri

Tambahnya, idea itu tercetus disebabkan populariti dan pengaruh yang diterima Lara menerusi laman Instagram miliknya yang kini mencecah 2 juta pengikut.

“Tidak dinafikan jumlah pengikut serta impak yang dimiliki Lara antara yang mendorong wujudnya kolon terbabit.

“Capaian setiap kali kami muat turun gambar atau status sentiasa tinggi malah jumlah pengikut saya dan ibunya juga hampir dikejar Lara,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori