• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terminal Feri Johor Dijangka Terus Sesak Hingga 5 Julai

oleh Ahmad Albab
04/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Terminal feri di negeri ini dijangka terus sesak hingga 5 Julai ini apabila ramai warga Indonesia menggunakan perkhidmatan feri untuk pulang beraya di kampung halaman.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Datuk Rohaizi Bahari berkata terminal feri sudah pun sesak sejak 26 Jun lalu dan kira-kira 39,200 rakyat Indonesia yang berada di negara ini menaiki feri di Johor untuk pulang menyambut Aidilfitri.

Beliau berkata terminal feri yang paling sibuk ialah di Stulang Laut dan Kukup, Pontian dengan kira-kira 2,000 warga Indonesia menggunakan perkhidmatan feri sehari manakala di Pasir Gudang seramai 1,000 orang sehari.

“Tiga daripada lapan terminal feri terletak di Johor Baharu (Stulang Laut, Pasir Gudang dan Puteri Harbour), dua di Kota Tinggi (Tanjung Pengelih dan Tanjung Belungkor) dan masing-masing sebuah di Pontian, Batu Pahat dan Muar.

“Waktu kesesakan dijangka berterusan hingga 5 Julai memandangkan operator tidak akan menjalankan perkhidmatan feri bagi tempoh tiga hingga tujuh hari mulai hari raya pertama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagi Tambak Johor dan Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura pula, Imigresen menjangkakan kesesakan berlaku mulai hari raya pertama hingga Ahad (10 Julai), dengan seramai 234,000 orang akan keluar masuk melalui Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar dalam tempoh sehari.

“Bagi melicinkan lagi operasi menjelang perayaan, kami bersedia untuk membuka sepenuhnya kesemua kaunter-kaunter di terminal feri, Tambak Johor serta Lebuhraya Hubungan kedua.

“Bagaimanapun, pelawat dinasihatkan agar merancang perjalanan di luar waktu puncak yang mana panduan kesesakan boleh dilihat dalam pelbagai aplikasi semasa yang terdapat dalam telefon pintar,” katanya yang turut menggesa pengguna feri agar mengelakkan laluan yang tidak diwartakan untuk pulang ke kampung halaman.

“Anggota tentera, pasukan polis marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan sentiasa menjalankan rondaan di sempadan perairan negara bagi memantau perkara ini manakala Imigresen akan menjalankan risikan berdasarkan aduan orang awam,” katanya. – BERNAMA

Tags: Aidilfitriwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd