Sample Page Title

BEKAS gangster terkenal Singapura, Abang Long Fadhil kini sah bergelar tunangan kepada seorang gadis berusia 21 tahun dari Pontian, Johor.

Abang Long Fadhil atau nama sebenarnya Muhammad Fadhil Husin, 29, mengikat tali pertunangan pada Khamis lalu iaitu ketika sambutan hari raya kedua.

Pada masa yang sama, Abang Long Fadhil menafikan bahawa gadis bertatu di muka yang sebelum ini menjadi viral selepas gambar mereka tersebar di media sosial adalah bakal isterinya.

Abang Long Fadhil Sah Bertunang Dengan Gadis Johor
Abang Long Fadhil, pernah menjelaskan gadis bertatu di muka ini tiada kena mengena dengan dirinya dan dia merupakan seorang model sebuah butik di Johor Bahru.

“Ini baru betul-betul pasangan saya, Insya Allah. Bukan bertatu di muka seperti dituduh orang ramai sebelum ini.

“Doakan saya dan bakal isteri bahagia dunia akhirat. InsyaAllah majlis kenduri diadakan di Pontian sehari selepas bernikah namun tiada majlis dibuat di Singapura,” katanya kepada Sinar Harian.

Majlis pernikahan anggota jemaah Tabligh yang sinonim dengan wajahnya yang bertatu di muka itu dijangka berlangsung pada 7 Ogos ini.

Pasangan ini dikatakan berkenalan secara singkat selepas mereka bertemu pertama kali di sebuah kedai pengurup wang di Pasir Gudang, Johor pada 5 Mei lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...