• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Rakan Didakwa Terlibat Pembunuhan Penganggur

oleh Ahmad Albab
01/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Lapan rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan terlibat dalam pembunuhan seorang penganggur di sekitar Jasin dan Melaka Tengah antara bulan Mei tahun lepas hingga bulan Mei tahun ini.

M. Mahesawaran, 29; K. Jaya Prakash, 38; dan R. Navinkumar, 28, semuanya tidak mempunyai pekerjaan tetap didakwa secara bersama membunuh S. Manikumar, 38.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kebun Cina Kemendore di Selandar Jasin, Ladang Kelapa Sawit Bukit Senggeh Jasin, Ladang Kelapa Sawit di Jalan Sarang Burung Walit Bukit Senggeh Jasin, Kubur Cina Cheng di Melaka Tengah dan di Hutan Kelapa Sawit berhampiran Empangan Jus Selandar Jasin.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 10.30 malam 22 Mei tahun lepas dan 9.50 pagi 23 Mei tahun ini.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Penganggur S. Manoharan, 45, dan penjual ikan Charles S. John, 28, pula didakwa secara bersama menyebabkan hilang keterangan dengan kesalahan yang dilakukan iaitu membuang mayat seorang lelaki.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan.

S. Babu, 21; G. Vijaya Kumar, 32; dan S. Govindasamy, 32, semuanya penganggur pula didakwa secara berasingan dengan niat hendak menyenangkan atau ketahuinya boleh menyenangkan kepada pakatan sesuatu kesalahan iaitu membuang mayat seorang lelaki.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 118 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun penjara atau denda jika sabit kesalahan.

Kelima-lima tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Hutan Kelapa Sawit berhampiran Empangan Jus Selandar Jasin pada masa dan tarikh yang sama.

Mahesawaran, Jaya Prakash, dan Navinkumar mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof dan tiada pengakuan direkodkan, sementara tertuduh lain tidak mengaku salah.

Terdahulu ketika prosiding Manoharan memohon kepada mahkamah membenarkan jaminan terhadap rakannya Charles kerana akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam meminta mahkamah tidak memberi jaminan terhadap kesemua tertuduh kerana pertuduhan itu berkaitan dengan kes yang membawa hukuman mati selain kes melibatkan kepentingan awam.

Nor Azizah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap kelapan-lapan tertuduh sebelum menetapkan 3 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd