• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60 Penuntut YIK Transit Di Turki, Tiba Di Kaherah – MB

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Enam puluh penuntut Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa EsenboÄŸa di Ankara, Turki pada Sabtu lepas, selamat tiba di Kaherah, Mesir, pada kira-kira 9 malam waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Penilaian dan Peperiksaan YIK, Ahmad Pakhruddin Deraman yang mengiringi kumpulan penuntut berkenaan ke Mesir.

“Alhamdulillah, pelajar sampai di Mesir dan kita harap tak ada kebimbangan dari anggota keluarga mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Aidilfitri di sini, hari ini.

Sabtu lepas, seramai 60 penuntut YIK yang berusia dalam lingkungan 18 dan 19 tahun, dilaporkan terkandas ketika transit di lapangan terbang itu sebelum memasuki Mesir, berikutan cubaan rampasan kuasa oleh segelintir anggota tentera Turki bagi menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Bagaimanapun, Erdogan dipetik sebagai berkata bahawa cubaan rampasan kuasa itu gagal dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.

Kumpulan penuntut YIK akan menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang seperti perubatan dan pengajian Islam di beberapa universiti di Mesir seperti Universiti Al-Azhar dan Universiti Iskandariah. – BERNAMA

Tags: Kelantanpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd