Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja...

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju melanjutkan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja sehingga akhir tahun...

COVID-19: Warga Malaysia Kes...

SINGAPURA - Wanita Malaysia berusia 66 tahun adalah satu daripada dua kes jangkitan...

Sistem mySIKAP Pulih, Boleh...

SEPANG - Sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengalami gangguan capaian sejak...

Tiada Beza Kluster ‘Kayangan’,...

PUTRAJAYA - Sesiapa sahaja yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan...

5 Gerai Musnah Dalam Kebakaran Di Kota Baharu

KOTA BAHARU – Sederet lima gerai musnah dalam kebakaran di Kampung Paya Bemban di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Timbalan Penguasa Kanan Bomba Zaini Bidin berkata gerai yang musnah dalam kebakaran pukul 10.15 malam itu membabitkan sebuah gerai makan dan empat lagi yang menjual ikan dan sayuran.

Tiada kecederaan dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zaini berkata turut membantu memadamkan kebakaran itu ialah anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Pasukan Bomba Sukarela di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kita dapati gerai terbabit sudah 80 peratus terbakar dan bomba bertindak mengawal api daripada terus merebak ke gerai lain yang berdekatan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori