• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

34 Bas & Lori Disaman Dalam Op Selamat Di Bukit Gantang

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT GANTANG – Sebanyak 35 saman dikeluarkan kepada pemandu lori dan bas atas pelbagai kesalahan dalam Op Selamat 9/2016 di Kilometer 225.2, dekat hentian sebelah Bukit Gantang arah selatan malam tadi.

Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, ASP Hazil Reza Mohd Ghazali berkata antara kesalahan dikesan ialah memandu melebihi had laju, muatan tidak kemas bagi lori selain lesen memandu tamat tempoh.

Katanya dalam operasi yang bermula dari 9.30 malam hingga 12 tengah malam dan disertai 35 anggota polis trafik selain kakitangan Plus Bhd itu, sebanyak 35 bas serta 70 lori diperiksa.

“Hasil pemeriksaan dua pemandu lori ditahan kerana positif ujian air kencing yang menunjukkan mereka menagih ganja,” katanya kepada pemberita pada akhir operasi itu di sini lewat malam tadi.

Hazil Reza berkata pihaknya mengadakan operasi terhadap bas dan lori kerana kenderaan perdagangan itu kerap terbabit dalam kemalangan jalan raya.

“Kita juga bertanya kepada penumpang bas sama ada pemandu bas memandu secara berbahaya atau secara berhemah ketika berada di atas jalan raya,” katanya.

Mengenai muatan lori yang tidak kemas, Hazil Reza berkata ia sangat berbahaya kerana berisiko untuk jatuh dan seterusnya membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan operasi dari semasa ke semasa terhadap kenderaan perdagangan bagi memastikan kecuaian mereka dapat dielakkan bagi mengurangkan kemalangan. – BERNAMA

Tags: basloriOps Selamat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bas Shuttle Percuma Disediakan Sempena Aksi JDT Vs Chelsea

Bas Shuttle Percuma Disediakan Sempena Aksi JDT Vs Chelsea

08/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma disediakan kepada penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan menyaksikan perlawanan JDT menentang...

Konvoi Lori Bendera BN Curi Perhatian, Netizen: ‘Abam Lori Dah Insaf’

Konvoi Lori Bendera BN Curi Perhatian, Netizen: ‘Abam Lori Dah Insaf’

27/07/2026
0

SEREMBAN – Satu rakaman video memaparkan konvoi lori membawa bendera Barisan Nasional (BN) di sebuah jalan di Negeri Sembilan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd