• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakan Mati Lemas Ketika Mandi-Manda Di Air Tejun Berkelah

oleh Ahmad Albab
24/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua rakan mati lemas ketika sedang mandi-manda di Air Terjun Hutan Lipur Berkelah dekat sini petang semalam, menurut polis.

Mangsa dikenal pasti Mohd Asif Rosmaini, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jaya, Maran dan Muhammad Shahrizal Aiman Shamsudin, 14, dari Sekolah Menengah Agama Al-Foqiah, Bera.

Mohd Asif dari Felcra Sri Makmur di sini manakala Muhammad Shahrizal tinggal di rumah kakitangan Felda Lepar Hilir 08 di Gambang di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kedua-dua mangsa bersama beberapa rakan lain lagi pergi ke tempat rekreasi berkenaan pada kira-kira 2 petang untuk mandi-manda.

Bagaimanapun pada kira-kira 2.50 petang secara tiba-tiba rakan mangsa terdengar jeritan dan melihat kedua-duanya sedang lemas dan mereka cuba membantu tetapi tidak berjaya dan kedua-duanya tenggelam, katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya kedua-dua mangsa berjaya dibawa naik ke darat pada 4.43 petang dengan bantuan pasukan mencari dan menyelamat skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau berkata mayat pelajar berkenaan sudah dituntut waris masing-masing. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd