• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakan Didakwa Rompak Pelajar Kolej Dihadapan Gereja

oleh Ahmad Albab
05/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua rakan hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan merompak seorang pelajar kolej di hadapan sebuah gereja di Jalan Tun Sambanthan, Jun lepas.

Peniaga sate, Muhammad Hazrool Haziq Ramli, 21, dan peniaga buah, Mohammad Shafiq Asyraaf Mohamed Salim, 22, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Mereka bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak Angelin Chew Hsia, 20, dan pada masa sama telah menyebabkan kecederaan di hadapan pos pengawal Gereja Holy Rosary, Jalan Tun Sambanthan, Dang Wangi di sini pada pukul 12.20 tengah hari, 10 Jun lepas.

Rakaman CCTV kejadian itu menjadi viral di media sosial.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan serius.

Bagaimanapun, peguam Azi Azlin Zulkifli yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah memberi jaminan kepada anak guamnya atas alasan mereka ingin menyambut Hari Raya bersama keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu mereka dilarang mengganggu saksi pendakwaan sebelum menetapkan 9 Ogos untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes ragut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

06/04/2025
0

SEGAMAT, 5 April 2025 – Polis Daerah Segamat sedang giat menyiasat satu kes ragut yang tular menerusi rakaman video berdurasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd