• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pelajar UiTM Maut, Seorang Cedera Parah Kemalangan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut dan seorang cedera parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Jalan Express Way, Kota Samarahan, iaitu di kawasan lampu isyarat lalu lintas di depan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini.

Kemalangan berlaku kira-kira 4.17 pagi tadi dan kesemua mangsa adalah wanita dan pelajar UiTM Kampus Kota Samarahan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Myrna Ejul, 23, dan Siti Nurzaineh Zainudin, 25, kedua-duanya berasal dari Sandakan, Sabah iaitu penumpang kereta Perodua Kelisa.

Pemandu kereta, Valerie Liynthia Handrew, 23, yang cedera parah berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan dikejarkan ke Hospital Jantung Sarawak di sini untuk menerima rawatan.

Difahamkan pelajar terbabit baru sahaja selesai menduduki ujian akhir semester pada Rabu lalu.

Jurucakap itu berkata pemandu lori yang dalam lingkungan usia 40-an itu, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, sepasukan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan termasuk dua anggota Unit Kecemasan dan Perubatan (EMRS) bersama jentera EMRS dikerahkan ke tempat kemalangan. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd