• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Petani & 650 Penduduk Miskin Terima Bantuan Kerajaan

oleh Ahmad Albab
03/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Seramai 14 petani, masing-masing menerima wang tunai RM250 hari ini, selepas nama mereka tercicir daripada senarai penerima bantuan akibat tanaman sawah mereka menghadapi bencana kemarau ekoran fenomena El Nino, April lepas.

Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai Datuk Sham Mat Sahat berkata kumpulan petani terbabit adalah sebahagian daripada 1,877 petani yang layak menerima bantuan bencana kerajaan berikutan sawah mereka tidak dapat ditanam.

“Kerajaan negeri dan Pusat prihatin kerana mereka juga perlu dibantu bagi meringankan beban yang dihadapi terutama menjelang Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sumbangan Aidilfitri UMNO Bahagian Bagan Serai di sini hari ini.

Pada April lepas, seramai 1,835 petani di Kerian membabitkan kawasan sawah seluas 4,697 hektar di Selinsing dan Semanggol terjejas kerana bekalan air dari Tasik Bukit Merah tidak dapat dilepaskan akibat kemarau.

Petani di kawasan jelapang padi Kerian itu mengalami kerugian sebanyak RM56 juta akibat fenomena El Nino.

Sementara itu, Sham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu berkata seramai 650 orang termasuk ibu tunggal, fakir miskin, anak yatim dan gelandangan sekitar Bagan Serai menerima sumbangan kerajaan negeri dan Pusat lebih RM90,000 bagi meringankan beban mereka dalam menyambut Aidilfitri.

“Setiap seorang masing-masing menerima RM100 dan RM50 barangan keperluan untuk membolehkan mereka membuat persiapan bagi menyambut hari raya,” katanya. – BERNAMA

Tags: bantuanPetani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Ada Mekanisme Berkesan, Bukan Biar Rakyat Tanggung Sendiri – Beliawanis MCA

Perlu Ada Mekanisme Berkesan, Bukan Biar Rakyat Tanggung Sendiri – Beliawanis MCA

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu ada mekanisme yang berkesan, bukan biarkan rakyat ikat perut dan tanggung semua sendiri dalam berdepan...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd