Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen, Menteri Kabinet...

KUALA LUMPUR - Kenderaan-kenderaan yang membawa Ahli Parlimen dan Menteri-Menteri Kabinet dilihat mula memasuki...

Penyakit Bawaan Air Di...

PEKAN - Kementerian Kesihatan mengesahkan setakat ini penularan penyakit bawaan air dalam kalangan...

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung...

BINTULU - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di tepi sungai Sibiew pada awal...

Isteri Meroyan Mahu Terjun...

DALAM kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang semalam di pusat beli belah Kuantan...

Zamani Akui Akan Berkahwin, Rahsiakan Pilihan Hati

SEBELUM ini Zamani Ibrahim, 45 pernah menyatakan niatnya mahu menamatkan zaman bujangnya dan kini, dia mengakui sudah berkawan lama dengan bakal isterinya itu.

Bagaimana pun, Zamani masih belum mahu mendedahkan siapa wanita tersebut.

“Pada awalnya dia merupakan peminat saya dan Slam, kemudian dia membantu menguruskan kelab peminat. Dari situ kami mula berkawan rapat dan kami selesa bersama.

“Dia selalu bersama saya ketika jatuh dan bangun dalam industri ini,” katanya kepada BH Online.

Tambah Zamani, dia tidak mahu menghebohkan soal perkahwinannya kerana khuatir ia tidak menjadi seperti yang yang dirancang dan dia juga mahu menghormati keputusan keluarga mereka.


“Saya perlu menghormati keluarga saya dan dia kerana saya juga tak mahu membelakangkan mereka. Saya akan mendahulukan mereka sebelum memberikan apa-apa kenyataan. Saya juga baharu sahaja berbaik dengan keluarga.

“Sekarang saya tidak mahu keruhkan keadaan dengan berita seperti ini. Jika saya mahu melangsungkan perkahwinan, saya akan beritahu media dan peminat. Saya tidak akan sorok,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori