• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zalif Sidek Mengamuk Di Lapangan Terbang?

oleh AK-47
01/06/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-baru ini, muncul gosip hangat menyatakan pelakon Papa I Love You, Zalif Sidek telah mengamuk di sebuah lapangan terbang dalam negeri gara-gara beg yang dibawa melebihi had berat ditetapkan.

Gosip dalam akhbar tempatan tersebut turut mendakwa bintang yang terkenal menerusi iklan Digi suatu ketika dahulu ini telah menghempas beg miliknya di hadapan kaunter syarikat penerbangan terbabit.

Rentetan itu, Zalif, 31, yang terkejut mendengar gosip tersebut mengakui dirinya terkilan dengan tuduhan melampau yang dilemparkan itu.

“Saya terkejut apabila timbul gosip sebegini kerana wartawan itu tiada inisiatif mengesahkan cerita itu daripada mulut saya sendiri walhal saya boleh dihubungi bila-bila masa.

“Kalau ikutkan ada rakan yang menyarankan saya menyaman pihak terbabit namun jika boleh saya mahu menyelesaikannya secara baik.

“Saya memahami tugas wartawan mencari berita tetapi jenis sebegini belum pernah saya jumpa tambahan pula saya mempunyai hubungan baik dengan editornya.

“Secara logiknya, mana mungkin seorang manusia waras seperti saya ingin membuat onar di tempat awam. Saya tidak meninggikan suara langsung inikan pula mengamuk. Hanya salah faham berlaku apabila staf di bahagian kaunter tersalah beg tetapi diselesaikan secara baik,” katanya kepada BH Online.

Tambah kecewa, Zalif kesal apabila wartawan itu melabelkan dirinya ‘sendu’ tanpa mengetahui perkembangan terbaharunya dan kisah percintaannya turut diheret sama dalam isu itu.

Dalam perkembangan lain, Zalif kini menubuhkan syarikat produksi dinamakan WAB Resources Sdn Bhd.

Selain itu, Zalif turut dilantik selaku duta asas tani yang merupakan projek di bawah Kementerian Pertanian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Zalif sidek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd