• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Terima Kunjungan Hormat Menteri Keselamatan Awam Vietnam

oleh Ahmad Albab
07/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Awam Vietnam, Senior Leftenan Jeneral To Lam, di pejabatnya di Perdana Putra, di sini.

To Lam yang dilantik ke jawatan itu pada April lepas, sedang dalam rangka lawatan ke negara-negara ASEAN dengan Malaysia adalah negara pertama yang dikunjunginya.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan selama hampir sejam itu, Ahmad Zahid berkata ia adalah satu penghormatan kepada Malaysia terutamanya selepas kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam Mencegah dan Memerangi Jenayah Rentas Sempadan pada Oktober tahun lepas.

“Menteri To Lam memaklumkan Vietnam akan menjadi tuan rumah kepada mesyuarat pertama Kumpulan Kerja Bersama dalam Memerangi Jenayah Rentas Sempadan antara kedua-dua negara yang akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Ahmad Zahid berkata rakan sejawatnya itu turut menyatakan komitmen untuk memberi kerjasama kepada negara ASEAN yang lain dalam isu tuntutan bertindih ke atas wilayah di Laut China Selatan bagi mengelakkan sebarang masalah.

“Pendirian Malaysia juga adalah sama, berpegang kepada Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan dan juga dalam prinsip persamaan ASEAN,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd