• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Singapura Kagum Polis Temui Semula Kereta Dicuri

oleh Ahmad Albab
23/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Singapura yang kehilangan Toyota Estima, kagum dengan kecekapan Polis Johor yang menemui semula kereta itu 10 hari selepas laporan dibuat.

Toyota Estima yang hilang tiga hari selepas dibeli pada harga S$147,000 (RM441,000) itu dilaporkan hilang di Angsana Johor Bahru Mall pada 4 Jun lalu dan ia ditemui semula pada 15 Jun susulan penahanan tujuh ahli kumpulan dikenali sebagai Geng Metro, selain turut menemui lima lagi kereta lain.

Pemilik Toyota Estima itu, Zailani Md Idris, 52, yang juga pengurus projek di Singapura, kagum dengan kecekapan anggota polis menyelesaikan aduan kehilangan kenderaan itu hingga ditemui semula.

“Kereta saya hilang pada 4 Jun dan laporan dibuat di Balai Polis Tampoi dengan kes dikendalikan Pegawai Penyiasat Ahmad Tahir.

“Saya dimaklumkan 10 hari kemudian mengenai penemuan kenderaan itu oleh polis. Ini kecekapan yang pantas dan sistematik, bukan seperti digambarkan di laman sosial dan rakan mengenai pengalaman sukar menemui kenderaan hilang.

“Ini satu rahmat dan besar maknanya untuk saya,” katanya kepada pemberita selepas kereta itu diserahkan semula oleh Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Zailani berkata, kejadian berlaku ketika beliau bersama saudaranya ke pusat beli-belah berkenaan membeli persiapan Aidilfitri. Kejadian itu, katanya, tidak membuatkan beliau serik untuk ke Johor terutama bagi membeli-belah.

Sementara itu, Wan Ahmad Najmuddin berkata, penyerahan semula kenderaan itu bagi memberikan keyakinan kepada rakyat negara seberang tambak itu mengenai kejayaan polis Johor membantu menyelesaikan kes jenayah.

Bagaimanapun, katanya, penyerahan terbabit bersyarat berikutan kes masih dalam siasatan polis dan dijadikan bahan bukti di mahkamah. – BHarian Online

Tags: curi kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pernah tiba di rumah selepas memandu dari tempat kerja tanpa mengingati perjalanan yang dilalui? Atau...

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

09/01/2026
0

Berhati-hati beli kereta secara sambung-bayar terutama melalui Facebook. Malam semalam #YYCC melondehkan scammer sambung-bayar kereta yang telah menipu lebih dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd