PENYANYI Hafiz Hamidun, 32, terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital baru-baru ini akibat penyakit jangkitan kuman pada paru-parunya dan terpaksa menjalani pembedahan.
Hafiz menceritakan detik cemas yang berlaku kepadanya beberapa jam sebelum menjalani  pembedahan kecil tersebut.
“Rasanya dalam pukul 3 pagi tiba-tiba saya tidak boleh bernafas secara normal dan rasa seperti sudah nazak.
“Walau bagaimanapun, saya sempat memanggil jururawat yang bertugas untuk mendapatkan bantuan.
“Ruang bernafas saya seperti terlalu terhad dan ia membuatkan saya terkejut dengan keadaan itu.
“Selepas menerima rawatan, mereka minta saya bersabar dan jangan panik jika sukar bernafas.
“Waktu itu saya fikir saya dah nak mati sebenarnya,” kata Hafiz kepada Astro Gempak.
Sebelum ini, Hafiz pernah menerima rawatan susulan kerana mengalami demam yang teruk di sebuah hospital di Indonesia.
Menurut Hafiz, kesihatannya kini semakin pulih tetapi dia masih perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan. – MYNEWSHUB.CC

