• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajib Ambil Vaksin Jika Penyakit Bawa Risiko Maut

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Penggunaan vaksin terhadap penyakit tertentu yang mempunyai risiko kematian adalah wajib, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata vaksin itu diperlukan supaya tidak memudaratkan individu itu sendiri dan memudaratkan orang lain.

“Kalau yang menentukan hidup mati kita iaitu maknanya darurat maka hukumnya wajib ambil. Tetapi hukumnya harus kalau tidak sampai darurat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini, mengulas keengganan sesetengah ibu bapa membenarkan anak divaksin.

Mohamad Shukri berkata golongan antivaksin tidak boleh membuat andaian yang vaksin mengandungi bahan tidak suci atau bahan terlarang.

“Kementerian Kesihatan sudah membuat penyelidikan dan menyiasat bahan-bahan itu. Jadi hukum tak boleh berdasarkan persepsi. Kita kena bagi kepercayaan kepada pihak berwajib,” kata beliau.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria pula berkata penggunaan vaksin sudah diluluskan sejak dahulu lagi dengan setiap kanak-kanak perlu divaksin.

“Ia harus dan mesti mengikut undang-undang dengan syarat vaksin itu mestilah perkara yang halal.

“Tetapi sekiranya waktu itu tidak didapati vaksin yang halal, ia masih lagi bercampur benda yang haram sedangkan (vaksin) itu perlu, maka harus diambil,” katanya.

Semalam Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata kementerian itu sedang mempertimbangkan untuk mengadakan perbincangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung fatwa penggunaan vaksin.

Dr. Hilmi turut memberi jaminan semua vaksin adalah halal dan tidak mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi.

Sementara itu jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata setakat ini belum ada perbincangan mengenai perkara tersebut.

“Kita tunggu Kementerian Kesihatan ‘consult’ dengan pihak Jakim dahulu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Vaksin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

12/10/2022
0

KOTA BHARU - Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd